About Me

My photo
Ema Faima Ahmad 24 Tahun Kakitangan UM + Pelajar UITM + Dealer Felinna Inchloss (Universiti Malaya,KL atau Manjung,Perak) Dealer Treenea (Universiti Malaya - Ema) (Manjung,Perak - Diba) Lain2 Produk Aurawhite, Maixara, Belvya,dan lain2. 0175213121-Ema 0132116780-Diba (SMS/Whatsapp)

Followers

Monday, January 31, 2011

CUPCAKES N CHOCOLATE N ANGPOW



cupcakes 4 my luvly mum..
HAPPY BIRTHDAY MAK..
thanks 4 everything u done 4 us. (abang, angah, kak yang, adik)
u r da bez mum in this world.
we luv u damn much.
we really need u.
LUV U. <3

** my dear sis (kak sya) dah request nak cupcakes jugak untuk bezday die 12.02 nih...
so... prepare ye cik ema...
oder jangan x oder.. untung ANRDELIGHT.. haha



chocolate - word - ADIB..
sebenarnye word DIBA..
tp d ubahsuai oleh adik ku yang bongsu
nak jugak name die..
ADIB n DIBA << adik2ku.. <3
tempah 3 kotak chocolate nih..
1 - word name TEHA (kwn diba) - tema pink
2 - word I LUV YOU (diba bagi kat bf die) - tema biru
3 - word name DIBA  - tema purple.. yang telah d ubah menjadi ADIB seperti pic d atas.. :)
kelupaan la nak amek sume pic sebelum d beri kepada penerima..
yang ni pun dah rompong sebab dah masuk dalam perut..hehe




d pagi Isnin yang dingin
hati yang tidak berapa sedap
d sedapkan dengan pemberian Angpow dari BOSS..
BIG TQ to my BOSS. <3
rezeki.. dapat la rm100 setiap seorang..
sape nak bagi kannn...
kepada sesape lagi nak bg angpow..lai..lai.... haha


cupcakes n chocolate oder kat kak ina .. tq kak.


nota tangan : simpan duet kawen . mak dah bagi Greenlight. HAHA

Thursday, January 27, 2011

CINTA BUTA atau CINTA CELIK atau CINTA SEJATI

semalam...pukul 9 malam..d tv3...
ape ntah tajuk benda 2.. 360darjah  kot... 
x ingt..x ingt... HAHA

tajuk die psl CINTA BUTA.
terasa mahu mengalir air mata melihat keganasan manusia terhadap manusia hanya kerana CINTA. betul ke cinta itu buta??

(teringat lagu apek dalam movie LadyBoss) 
cinta itu boleh d umpamakan bagai.. makan.. sambal belacan
walau pedas tetap d makan juga.. (hentam jek) 

Cinta hanya mejadi buta bile kite pejamkan mata. begitukah?
bile bukak mata namenye cinta celik. begitu pulakkah?
macam budak bodoh pandai je kan. haha

Cinta menjadi buta bile mana kite mencintai seseorang dengan tahap KEMATANGAN yang terlalu rendah. (x matang lagi x boleh bercinta ye)
Cinta buta adalah cinta yang tidak mengikut aturan Islam.
menganggap cinta adalah segala-galanya. 
mencintai manusia lebih daripada mencintai Islam dan ALLAH S.W.T.
saat terlalu mencintai sesama manusia, kite menjadi gelap mata.
berbuat sesuka ati dan mencampakkan norma agama.
Cinta buta itu tidak dapat membezakan antara kemuliaan dan kehinaan.

Manusia boleh JATUH kerana CINTA sesasma manusia.
Manusia boleh MUFLIS kerana CINTA sesama manusia.
Manusia boleh MATI kerana CINTA sesama manusia.
Manusia boleh SAKIT kerana CINTA sesama manusia.
Manusia juga boleh BERJAYA kerana CINTA sesama manusia. boleh BAHAGIA. asalkan manusia ini meletakkan CINTA ALLAH d tangga teratas sekali. 

oke..berbalik kepada CINTA BUTA ye..
mukadimah panjang beno pulak.. haha


oke...aku mulakan dengan kes yang ini. (lihat bawah)






gadis tersebut adalah mangsa serangan kerana CINTA. 
mangsa d tikam 19 kali dan lebih malang lagi d simbah asid.
manusia boleh hilang sikap perikemanusiaan hanya kerana CINTA?? huh.


....................................................................................................



gambar kat atas ni lain pulak ceritanya..
tapi tetap ada kena mengena dengan CINTA.
isteri menyimbah asid kepada suami gara2 suami yang meminta izin untuk berpoligami.
uishhh...macam2 kan zaman sekarang nih.
berani sungguh si isteri..
tapi kite x boleh jugak nak salahkan si isteri 100%.
mungkin ade salah si suami jugak..
hanya mereka berdua lebih tahu duduk berdiri cerita sebenar.
cemburu buta pun membuatkan manusia hilang nilai-nilai murni dalam diri.
dan lupe Yang Maha Esa.

..................................................................................



gadis d atas d bunuh oleh suspek yang berusia lingkungan 15-16 tahun.
motif pembunuhan??? mungkin ade kene mengena dengan cinta.
budak baru nk up.
baru nak kenal cinta.
mungkin cintanya d tolak menyebabkan si lelaki sanggup membunuh si gadis..
itu hanya spekulasi aku sahaja..
aku x tau cerita sebenar... hehe.
cume nak cerita d sini bahawasanya pelajar berumur 15/16 tahun sanggup membunuh gadis berumur 14 tahun.. terlalu muda untuk membunuh..ehh2 maksud aku bukan la orang tua je boleh membunuh. ala..paham2 sendiri la.. haha


................................................................................



gambar d atas ini x tahulah mereka berkahwin kerana cinta atau benda laen..
harap2 la kerana betul2 ikhlas mencintai antara 1 sama laen.
perbezaan umur yang sangat2 terlampau rendah tinggi tahu.
umur nenek wook 107.. umur si suami 38.
perbezaan 69 tahun weyhhh.. gile kan.
walaupun nenek wook tahu si suami mengambil dadah tapi kerana cinta kan..sumenye d pejamkan mata..
buat perabih harta jelah..

Saat kamu menyayangi seseorang apa adanya, memahami kekurangannya dan menutupi kelemahnnya dan cinta itu kerana ALLAH, itulah CINTA SEJATI.

CINTA SEJATI tidak bertambah kerana kebaikannya.. dan juga tidak berkurang kerana kekurangannya..

Saat kamu CINTA BUTA dengan seseorang, kamu menganggapnya begitu sempurna sehingga menutupi segala kekurangan yang ada pada dirinya.
dan apabila sesuatu yang kamu tidak sukai berlaku seperti CEMBURU BUTA dan takut BERPISAH, kamu boleh bertindak d luar kotak fikiran manusia. 

Kamu dan kamu si teruna dan si dara,
tanamkan lah dulu kecintaan kite kepada ilmu agama, sehingga kite memahami sedalamnya ilmu agama dan boleh mengamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Semoga kite semua x tergoda dengan CINTA BUTA.
(pesanan juga untuk diri sendiri)

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.






YA ALLAH, JIKA BENAR DIA UNTUKKU, KAU DEKATKAN HATIKU DENGAN HATINYA. JIKA DIA BUKAN UNTUKKU, KAU JAUHKAN LA DIA DARI HATIKU YA ALLAH..


nota tangan : Al-Fatihah buat mangsa korban CEMBURU BUTA & CINTA BUTA..Salam takziah buat keluarga mangsa. 


Tuesday, January 25, 2011

143

1 YEAR 4 MONTH 3 DAYS



x sangka nye....
dah setahun lebih2 rupenye aku berhubungan bercinta bersakan dengan Mr.Right.
pantasnya masa berlalu.
thanks 4 everything dear.
i luv u..really do.
next step???? coming soon...

1 YEAR 4 MONTH 3 DAYS = 143 = I LOVE YOU



klik pada gambar untuk tumbesaran **sumber google



nota tangan : Mr Right = Mr. K.

JOM DIET


< DIET >

MAI CNI KAWAN2..AKU NAK SHARE APE YANG AKU BACE KAT BLOG NIH. SHARE YE AKAK..SHARINS IS CARING..HEHE.. 



x penah sekali pun aku ikut piramid makanan.
hantam saje la labu..
makan ape yang ade depan mata..
KG naek baru bising.
seriau tetibe.
baru beringat ini x boleh makan.. itu x boleh..
tapi... kalau dah lapar, hentam gak makan ape jek..HAHAHA

<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. 
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. 
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O




..................................................................

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah. 
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat 
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba






roti gandum.. **sumber google

..................................................................

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba



sedapnye yogurt d atas...uisshhhhhh(telan ayaq liuq) HAHA **sumber google

..................................................................

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan 
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju 
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi





darah AB ni bez ckit la.. leh makan dada ayam..hehe **sumber google


..................................................................

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. 
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini. 
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan 
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian 
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba



aku darah O la weyh..bez ni dapat makan daging panggang ari2..HAHA.
tp...SEPOTONG je tahu.. xleh lebih2. **sumber google

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. 
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Susunan NOORZIHAN MOHAMED YIN


nota tangan : nak carik balik 45KG aku yang da hilang..yang suda semakin bertambah2.

Friday, January 21, 2011

PTPTN - Helah Dalam Sistem UJRAH???

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal : wallahu a'lam.

aku memula memang nak tukar ke sistem UJRAH nih..
dah siap daftar bagai.
da dapat email pun.
cume belum d kemaskini dan d submit ke orang yang tersebut..
tempoh 3 bulan selepas dapat email.
so sempat untuk kaji ape2 yang patut.
baru tahu yang sistem ni direct tolak gaji.
every month..x kire la time 2 kite terdesak ke.
better ak x yh tuka lg la..
bia jelah macam nih
yang bayar ikut suke ni pun kekadang lompat bulan.HAHA

nota tangan : bayar sebulan rm50 sudah la. ade lebih bayar lebih..hehe

Tuesday, January 18, 2011

PicNic BerBBQ 16012011



last minit punye planning..
event pun kelam kabut la sikit..
tp tetap fun babe.

15012011 petang - meeting pasal bbq + collect duet..
tapi xde la meeting sangat kan..
sembang ke laut je banyakk..
biase la bile da berjumpe..
hari2 jumpe pun x jemu2 jugak nak bersembang..
ni la kawan2 kan...

mereka meeting, ak bergambar.. heheh..

15012011 malam - beli barang...ketidakpuasan hati berlaku d sini.
lelaki bile membeli memang banyak membazir..
ayam x beli lagi..tp duet dah tinggal rm30 ++
beli jajan2 + keperluan masak nasi goreng n perap ayam = hampir rm100..
haaa mane la ak dengan zati x mengamuk kan..
naseb baek la mereka yang bernama lelaki ni pandai cover..
ade lagi x bayar katenye..
biarlah dorang uruskan hal duet2 nih..
lepas segala urusan jual beli selesai,
macam biase la kan..
kalau x lepak x sah..
pergi la kat tempat dak2 lelaki yang laen jamming.
menunggu ni memang penyeksaan..
membosankan sungguh.
habis dorang jamming, terus ke Marina Wing.
lepak sana.
bergelak ketawa bersama..
mereka memang menggembirakan.
boleh terlupe segala kedukaan kala bersama mereka2 ini.
balik agak lewat... kalau da lepak memang x ingat hari dah pagi..haha

16012011 pagi seawal jam 8.00 suda bersiap sedia untuk ke Teluk Batik..
yang ni malas nak cerita panjang..
tengok jelah gambar eyh..

tangan mie hitam pegang arang
mie sebok nak menghitamkan baju zaty pulak..
mie dengki sungguh dengan zaty..hehe



bakar2 dulu.. makan2 dulu baru terjun laut ye..


mereka bersama banana boat.. nak tenggelam dah kat belakang 2.. lebih muatan..

oke berkemas ye semua...times up....


nota tangan : penat tapi seronok.

Bezday2...



entry ni sepatutnye da d post lame..
tp.. d sebabkan ketiadaan gambar terpaksa la hold dlu.
gambar baru je dapat dari cameraman (farid n paiz) hehe..

jajan2 pada malam itu..tengoklah hasil pembelian para lelaki..ntah ape2 punye jajan la d belinye..beli macam nk bekelah..air ape ntah jenama.. HAHA

mereka excited meniup belon.. tipu besar2 ye bang..


dah siap tiup, cari tempat nak gantung la kan.. gantung d kete la.. ni lah cara untuk mendapatkan frekuensi radio yang lebih jelas.


lepas 2 tiba lah saatnya.. pesta tepung + telor dah bermula..
tepung 3 kilo + telor 1 pax (bape ntah jumlah telor 1 pax 2)


ni yang ak x bape nak suke.. bile kuar macam ni, sume bawak kete.. 10 kete kalau x silap malam 2. tapi bile nak berjalan jauh sikit, jenuh nak cari sape yang ade kete.. haishhhh...


we.. together... love <3
muahhx.
89's students of SMK PANGKALAN TLDM
love all damn much <3

nota tangan : ex bf ade kat Marina Island jugak time nih. die nampak ak. ak x prasan lak die. sampai umah die text. HAHA

Klik la. Comel ! Jom Oder !

Klik La Tabung Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...