About Me

My photo
Ema Faima Ahmad 24 Tahun Kakitangan UM + Pelajar UITM + Dealer Felinna Inchloss (Universiti Malaya,KL atau Manjung,Perak) Dealer Treenea (Universiti Malaya - Ema) (Manjung,Perak - Diba) Lain2 Produk Aurawhite, Maixara, Belvya,dan lain2. 0175213121-Ema 0132116780-Diba (SMS/Whatsapp)

Followers

Thursday, January 27, 2011

CINTA BUTA atau CINTA CELIK atau CINTA SEJATI

semalam...pukul 9 malam..d tv3...
ape ntah tajuk benda 2.. 360darjah  kot... 
x ingt..x ingt... HAHA

tajuk die psl CINTA BUTA.
terasa mahu mengalir air mata melihat keganasan manusia terhadap manusia hanya kerana CINTA. betul ke cinta itu buta??

(teringat lagu apek dalam movie LadyBoss) 
cinta itu boleh d umpamakan bagai.. makan.. sambal belacan
walau pedas tetap d makan juga.. (hentam jek) 

Cinta hanya mejadi buta bile kite pejamkan mata. begitukah?
bile bukak mata namenye cinta celik. begitu pulakkah?
macam budak bodoh pandai je kan. haha

Cinta menjadi buta bile mana kite mencintai seseorang dengan tahap KEMATANGAN yang terlalu rendah. (x matang lagi x boleh bercinta ye)
Cinta buta adalah cinta yang tidak mengikut aturan Islam.
menganggap cinta adalah segala-galanya. 
mencintai manusia lebih daripada mencintai Islam dan ALLAH S.W.T.
saat terlalu mencintai sesama manusia, kite menjadi gelap mata.
berbuat sesuka ati dan mencampakkan norma agama.
Cinta buta itu tidak dapat membezakan antara kemuliaan dan kehinaan.

Manusia boleh JATUH kerana CINTA sesasma manusia.
Manusia boleh MUFLIS kerana CINTA sesama manusia.
Manusia boleh MATI kerana CINTA sesama manusia.
Manusia boleh SAKIT kerana CINTA sesama manusia.
Manusia juga boleh BERJAYA kerana CINTA sesama manusia. boleh BAHAGIA. asalkan manusia ini meletakkan CINTA ALLAH d tangga teratas sekali. 

oke..berbalik kepada CINTA BUTA ye..
mukadimah panjang beno pulak.. haha


oke...aku mulakan dengan kes yang ini. (lihat bawah)






gadis tersebut adalah mangsa serangan kerana CINTA. 
mangsa d tikam 19 kali dan lebih malang lagi d simbah asid.
manusia boleh hilang sikap perikemanusiaan hanya kerana CINTA?? huh.


....................................................................................................



gambar kat atas ni lain pulak ceritanya..
tapi tetap ada kena mengena dengan CINTA.
isteri menyimbah asid kepada suami gara2 suami yang meminta izin untuk berpoligami.
uishhh...macam2 kan zaman sekarang nih.
berani sungguh si isteri..
tapi kite x boleh jugak nak salahkan si isteri 100%.
mungkin ade salah si suami jugak..
hanya mereka berdua lebih tahu duduk berdiri cerita sebenar.
cemburu buta pun membuatkan manusia hilang nilai-nilai murni dalam diri.
dan lupe Yang Maha Esa.

..................................................................................



gadis d atas d bunuh oleh suspek yang berusia lingkungan 15-16 tahun.
motif pembunuhan??? mungkin ade kene mengena dengan cinta.
budak baru nk up.
baru nak kenal cinta.
mungkin cintanya d tolak menyebabkan si lelaki sanggup membunuh si gadis..
itu hanya spekulasi aku sahaja..
aku x tau cerita sebenar... hehe.
cume nak cerita d sini bahawasanya pelajar berumur 15/16 tahun sanggup membunuh gadis berumur 14 tahun.. terlalu muda untuk membunuh..ehh2 maksud aku bukan la orang tua je boleh membunuh. ala..paham2 sendiri la.. haha


................................................................................



gambar d atas ini x tahulah mereka berkahwin kerana cinta atau benda laen..
harap2 la kerana betul2 ikhlas mencintai antara 1 sama laen.
perbezaan umur yang sangat2 terlampau rendah tinggi tahu.
umur nenek wook 107.. umur si suami 38.
perbezaan 69 tahun weyhhh.. gile kan.
walaupun nenek wook tahu si suami mengambil dadah tapi kerana cinta kan..sumenye d pejamkan mata..
buat perabih harta jelah..

Saat kamu menyayangi seseorang apa adanya, memahami kekurangannya dan menutupi kelemahnnya dan cinta itu kerana ALLAH, itulah CINTA SEJATI.

CINTA SEJATI tidak bertambah kerana kebaikannya.. dan juga tidak berkurang kerana kekurangannya..

Saat kamu CINTA BUTA dengan seseorang, kamu menganggapnya begitu sempurna sehingga menutupi segala kekurangan yang ada pada dirinya.
dan apabila sesuatu yang kamu tidak sukai berlaku seperti CEMBURU BUTA dan takut BERPISAH, kamu boleh bertindak d luar kotak fikiran manusia. 

Kamu dan kamu si teruna dan si dara,
tanamkan lah dulu kecintaan kite kepada ilmu agama, sehingga kite memahami sedalamnya ilmu agama dan boleh mengamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Semoga kite semua x tergoda dengan CINTA BUTA.
(pesanan juga untuk diri sendiri)

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.






YA ALLAH, JIKA BENAR DIA UNTUKKU, KAU DEKATKAN HATIKU DENGAN HATINYA. JIKA DIA BUKAN UNTUKKU, KAU JAUHKAN LA DIA DARI HATIKU YA ALLAH..


nota tangan : Al-Fatihah buat mangsa korban CEMBURU BUTA & CINTA BUTA..Salam takziah buat keluarga mangsa. 


No comments:

Klik la. Comel ! Jom Oder !

Klik La Tabung Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...