About Me

My photo
Ema Faima Ahmad 24 Tahun Kakitangan UM + Pelajar UITM + Dealer Felinna Inchloss (Universiti Malaya,KL atau Manjung,Perak) Dealer Treenea (Universiti Malaya - Ema) (Manjung,Perak - Diba) Lain2 Produk Aurawhite, Maixara, Belvya,dan lain2. 0175213121-Ema 0132116780-Diba (SMS/Whatsapp)

Followers

Tuesday, March 29, 2011

Cuti yang FULL!!

semalam.. bersamaan 28.03.2011 aku cuti tanpa gaji.
ohhh kene tolak gaji laaa..
sebabnye belum confirm.
next month baru nak confirm.
bertahan jugak aku 6 bulan kat sini.
ehhh bukan nak cite pasal confirm x confirm ni la.
ak nak cite pasal semalam yang sangat penat.
cuti yang penuh dengan aktiviti.
letih tapi puas hati la.

ari sabtu gerak balik kampung ayah.
ahad balik kampung mak pulak.
malam balik manjung.
isnin pagi2 datingggg..heeee...

kami memang plan nak cuti sesama semalam.
sebab banyak benda nak d settlekan.
kuar seawal jam 8.30 pagi.
memula cari tempat nak breakfast.
pusing punye pusing..
last2 kembali ke sitiawan.
sebab tempat yang kami admire sangat nak breakfast tu sangat la full.
xde seat dahh pun..
nak menunggu sangat la x rajin kann.

dalam pukul 9 lebih pegi Tabung Haji. 
masukkan duet mak. al maklum la balik kampung mak dapat la duet sawitnye..heee..
ak berjaya la paw barang sehelai dua baju. hehe
n paling bez mak nak sponsor baiki kete ak yang semakin hari semakin nyaring jeritannye..
mereka2 kate, timing belt problem. ak pun x tahu la.. huuu..

settle kat tabung haji, gerak pegi Maybank pulak.
masih dengan urusan ak.
urusan Mr. Right kemudian ye.
kesian dieeee..
penat menunggu..

lepas tu, gerak pegi JPJ pulak.
Mr.Right nak renew roadtax.
kat sini terbang la RM.... heee..

oke urusan kami settle.
Mr.Right ajak pegi taiping.
rupe-rupenye die merencana untuk bawak ak pegi umah kakak die.
senyap2 je ye..
tapi.. x jadi pun atas sebab2 tertentuu..
**ak x penah jumpe/kenal kakak die.. segan**

dah x jadi pegi taiping.
kami da xtau nak ke mane...
nak pegi lunch. tapi macam kenyang lagi.
so... ke BigCinema la kami..


kami tengok movie SUCKER PUNCH.
cerite die biase2 je kot.
x delah bez sangat.

dalam pukul 2 lebih, kami bertekak pasal nak lunch kat mane.
ak nak pegi Sunlight Cafe sebab tetibe rase nak makan chicken chop.
tapi die x nak.
Mr. Right memang x suke masuk cafe2 @ kopitiam nih.
die ade alasan die sendiri kenapa die x kan makan d situ..
ak pun terpaksa la mengalah.
makan kat kfc. 
d sebabkan ak da mengalah, Mr Right la kene blanje makan..
kesiann die.. 1 hari keluar, duet die pun keluar. heee...

time tengah sedap2 makan, adek ak anta mesej..
'angah, nanti belikan mak laksa. mak teringin. cari la kat mane2. cari sampai lebam'.
hahhahaa.. ak gelak dlu la bace mesej 2.. cari sampai lebam okee.. :)

destinasi seterusnye pasti la cari laksa untuk mak.
dah jumpe laksa nye, nak pegi mandikan kete pulak.
aduhh.. berderet2 la pulak kereta yang ade kat car wash tuu..
so.. cari car wash laen.. 
banyak jugak kereta.. **kami dah malas nak menuggu**
dah x tau nak ke mane, pegi la sitiawan balik.
kat situ memang xde kete la.
kami sahaja la.. x yah nak tunggu2.
tapi... hasil x bp nak puas hati la pulak..
hmm.. dah rezki bangla 2 kan.. redha jelah.


bosan menunggu.. ** baru teringat nak amek gambar.. ahh ruginyee.. seharian keluar lupe nak amek gambar **



Mr.Right... luv u so much. ** identiti terpakse d rahsiakan. hehe

JANGAN PERNAH BERUBAH


salammm.

elooo..

hee.. seminggu aku tinggalkan blog nih.

bukak hari2. tapi xberhapdet jugak.

xtau nak menaip ape la.

cume nak taip lirik lagu je nih.

ntah kenape aku suke bebeno dengan lagu nih.


JANGAN PERNAH KAU BERUBAH.


Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan


Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan


Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan


Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah


Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya



nota tangan : jiwang sekejap

Saturday, March 19, 2011

Bila Tiada Lagi Cinta

semalam..
petang yang dingin..
selepas menghidu keharuman bunga segar dan keharuman burger mcD..hahaha..
ape aku merepek dah nih..
heee.. semalam dapat mcD free n bunge segar.. gara2 launching kapal yang cancel last minit.
mcD n fresh flower yang d tempah hanya menjadi hiasan opis dan perut kami isi2 opis.. 
 HAHA

ehhh.. lari sungguh tajuk entry ni dengan mukadimah aku kan..
bila tiada lagi cinta?
maksudnye ape ye???
hmm... 
kenape ye mase bercinta, 
semuanya indah.
semuanya baek..
semuanya sayang.
tiada ape yang buruk..
kentut pun bau wangi..

tapi... bile tiada lagi cinta,
semuanya kelihatan busuk.
masing2 memburukkan masing2..
mayb x semua pasangan yang clash jadi cmni.
ade yang clash cara baek..
tapi ade jugak kan berlaku dalam dunia sekarang.
dulu die la ratu. die la raja. 
bile clash, die lebih hina dari sampah. dari segala keburukan.
kenapa sampai sanggup mengaibkan.
tak ingat ke suatu mase dulu, die penah membahagiakan anda?
walaupun sekejap cuma..
tapi, die tetap penah bertakhta d hati anda...
tetap pernah menjadi sebahagian dari hidup anda..
tidak terfikirkah??? huuuuu..

ehhh.. aku dah mule emo... 
geram la weyh..
benda ni lebih ketara d fb la..
time couple.. aduhhh kate2 manis, ayat2 pujangga, rindu sayang cinta hari2 terpampang d status..
tapi bile putus, kata2 kesat sume ade..
siap ade yang sebarkan gambar x senonoh.
sebab?? DENDAM.
dah putus sudah la.
x perlu sampai mengaibkan.
dah jadi dosa laen tu..

contoh yang terjadi kat perempuan ni.
bukan niat aku nak sebarkan pulak..
cume sebagai peringatan bersama.
peringatan untuk diri sendiri jugak.
bercinta jangan sampai maruah tergadai.
kesian dengan die nih..
dari ape yang aku tahu, budak nih nak kawen..
so ex die marah..
berdendam..
ex die sebarkan semua gambar x senonoh die kat fb.
sekali dengan gambar kahwin die.
malu kan??
bukan die sorang je malu.
husband die.. kaum keluarga..
tapi.. nasi dah jadi bubur..
aku tak nak la bercerita panjang tentang die.
kite tak tahu mane benar mane salah.
klu korang bukak fake fb nih.. 
report jelah eyh..
at least bile ramai dah report, fb tutup la akaun tu..



nota tangan : bercinta lah anda kerana ALLAH S.W.T

Wednesday, March 16, 2011

Kalau la si dia bace ini.... kalau laaaa.. kalau laaa...




Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


sumber : facebook 


i love u much much more !! <3

Jom Buat Duet dengan ChurpChurp pulakk..

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Tuesday, March 15, 2011

argghhh.. spoil mood pagi2!!

bangun pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
pakai baju minum susu,
salam ayah dan ibu,
pergi kerja naik kereta.
vroommm vroommm vroomm..
kereta kecil ku berbunyi..
marilah ayah mari naik..
kan ku hantar ke tempat kerja.
hahahahhahaha

haaa... lepas taip mukadimah d atas, terus aku tersenyumm.. :)
mood macam dah ok sedikit.. hee..

pagi ni aku macam biase la kuar dari rumah dalam pukul 7.15 am sebab nak masuk base TLDM dulu hantar ayah keje.. (ayah masih xleh drive sebab operate mata)

punca spoil mood aku pagi2 nih :

1. bangun pagi dah rase x sedap badan. dari malam tadi lagi rase macam nak demam balik. badan panas. tekak perit. mata + hidung berair je.. memang susah la kan nak senyum dalam keadaan macam ni..

2. dekat gate navy kene bukak bonet. malas betul laaaa... tapi dah keje dorang kan..
(lepas spoil ok balik sebab berselisih dengan Mr Right d gate) heee..

3. nak beli nasi lemak.. konon2 nak try tempat laen. mintak kat mak cik tu.. die kate sekejap ye dikk.. lepas 2 die buat orang laen punye yang berpuluh2 odernye.. yang aku??? lupe kot.. tapi aku dah ulang banyak kali dan die angguk.. ahhhhh... bengang!!!.. aku blah terus.. sekarang aku dah agak lambat.

4. pegi amek membe. sekali lagi buat aku bengang. aku dah lambat n punye la pecut kete sebab x nak die tunggu tapi..... die lagi lambat. hari2 lambat. bukan aku x ikhlas tumpang kan die.. tapi... aku x suke menunggu. dannn.. aku x suke pegi keje lambat.. sory dikk... akak post kat cni.. tapi sekarang akak x marah dah.. cume.. jangan lambat lagi eyhhh.. heee... :)

oke dah abis.. sekarang nak makan nasi lemak (beli tempat biase).. jom makan dulu..
nyummm.. nyumm.. :)


nota tangan : penantian itu 1 penyeksaan. 

Monday, March 14, 2011

Tsunami JEPUN d sebalik AL QURAN

1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam. 

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat. 

sumber : facebook. ak kopipes jek. eheee..

kesan bencana alam gempa bumi dan tsunami di Jepun








sumber : pakcik google.

Ya Allah, kau jauhkan la negaraku, keluargaku dari segala bencana alam ini.. aminn.. 

Hikayat Merong Mahawangsa


korang dah pegi tengok cite nih?
yang belum tu, pegilah ke panggung wayang berhampiran anda..
antara cite anak melayu Malaysia yang terbaik la..
berbaloi baloiii...
x rugi la pegi tengok.
ayat yang aku paling2 x boleh lupe..
'sudah la hodoh, mulut pula berbau'
hahahahhahahahaha..



^ SINOPSIS ^
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.    
PengarahYusry Abdul Halim
Pembantu Pengarah: Mohd Elmy Khalid
Seni: Ting Lam
Fotografi: Mohd Noor bin Kassim
Syarikat penerbitanKRU Studios
PenerbitNorman Abdul Halim(eksekutif)
Yusry Abdul Halim(eksekutif)
Edry Abdul Halim(eksekutif)
PengarangYusry Abdul Halim(Lakon layar)
PengisahYusry Abdul Halim(Cerita Asal)
LakonanStephen Rahman Hughes
Datuk Haji Rahim Razali
Khir Rahman
Ummi Nazeera
Jehan Miskin
Umie Aida
MuzikEdry Abdul Halim
PengedarKRU Studios
Mula tayangan10 Mac 2011
NegaraBendera Malaysia Malaysia
BahasaInggeris, Melayu
PerbelanjaanRM 8.0 juta





nota tangan : nonton bersama Mr. Right.. merah sama merah.. haaaaa


Lumut Country Resort

Lumut Country Resort??
watpe jelah kat sana kan..
x kan check in sana pulak kan.
wat pe lak check in dekat2 nih? dengan siapa???? haaaaaaaaaaaaaaaaa
name pun LUMUT Country Resort...
rumah dah sekangkang kera x kan mau check in jugak..
ahaaa.. itulah yang sebenarnye..
memang kami 1 family pegi check in d sana..
kenape dekat sangat???
sebab... benda free... haaaaaa... x kesah la dekat pun kannn..
belakon la konon2 pelancong dari jauhhhh..
padahallll... terkantoi jugakk..
sebab... dah kalau dalam LUMUT, MANJUNG, kompem la ade jumpe orang yang d kenali..
ayah kenal pulak dengan receptionist die.
so... x leh nak berlakon sangat la..
memang mereka tahu kami dari sini2 sajek.. haha

saje tido sana lepak2.. rehat2..
memang mak dengan ayah rehat sungguh2 la..
makan kat luar je..
balik bilik tengok tv.. tidooo...
aku gan diba 1 bilik..
ayah, mak dengan adek 1 bilik..
so privacy la kan bagi aku dan diba..
tapi idak la privacy bagi ayah n mak..
adek kacau daun pulak.. haha.

bilik die biase2 saje..
oke jelah kot.

mai layan gambar d bawah..

me n diba.. before kua makan malam.. sempat lagi posing.. mak dengan ayah dah tunggu kat lobi..heee..

me wif diba.. mau pegi kenduri n check out terus..

d luar bilikk...

adek bongsu kann.. awat gelap sangat ni dek.. sudah2 la bersukan.. gelap sangat dah nih..dulu kecik2 cerah je..

me.... bilik no 116... haha

ni pulak... profile pic fb sekarang... saje nak bagitau.. HAHA

nota tangan : abang xde... koje d keyell.. huhu

bowling.. karoke..

jom maen bowling... 
ahaaaa..
entry ni sebenarnye dah basi.
sebab dah lame berlalu.
mule2 x mau cerite pun pasal ini.
tapi.. ntah xde idea.
hapdet jelah xtvt hujung mingguku ini.
xtvt bersama adek2 ku.
ladys day out.

ahad, 10 pagi..
dalam suasana bergolek d atas katil. ahaaaa..

diba : (baru selesai mandi) 
aku : awal ko mandi arini nak pegi mane?? (biase hari ahad klu x kuar memang x mandi la sampai tengahari)  
diba : aku ade belaja kete la.
aku : ehhh baek ko col dulu Pak Ya (pakcik driving skul merangkak pakcik sedara jauh). Pak Ya kalau ari ahad ni bz jek. kang penat je ko siap tetibe die x datang amek.
diba : (terus capai hp) dan beberapa minit kemudiannn.... Pak Ya col n bagitau harini die bz n belaja kete cancel...
aku : haaaa.. kan aku da cakap.. seb bek ko x siap lagi.. klu x bengang jekkk...
diba : nak watpe arini?? jom kuar..
(memandangkan kami punye Mr.Right pun bz arini... so... kami ENJOY) HAHA

tapi... x kan nak kuar berdua je kan.. x bezzz..
so kami ajak dina n syila 
kire aku lah paling tua antara mereka..
ANGAH la katekannn...

jom tengok gelagat kamii..


ce tengok ce tengokkkk.. macam nak ke longkang je tuuu... ahaaa

ini budak 1st time maen bowling.. dari awal smpai abih ke longkang saje. haha

ini budak jugak 1st time maen bowling. mule2 ke longkang jek.. dah nak abih 2 die suda mule score la.. 

me wif my lil sis, diba.. ko la sahabat, ko la adek, ko la pendengar luahan hati (ko bace ni mesti terharu kannn..) aku tipu je nih.. jgn pecaye sangat la. HAHA

aku, sedang memilih2 yang mane ye yang ade luck ckit.. eheee.

me wif dina (adek laen bapa laen ibu) **kaki aku macam cacat jek


diba n syila


mereka d tangga pusing2.. aku??? tukang amek gambar jelah..

n lastly, ni la gambar kat karoke..
ade 1 je pun..
sebab nak kejar mase pulak..
pukul 4 syila ade belaja kete..
diba plak nak masuk keje pukul 4.30...
tapi dek kerana teringin nak berkaroke, kami pun layan la barang sebuah,dua laguu.. ehheee..
terpakse la cari karoke yang 1 lagu = RM 1.. 
sebab mau pulang sebelum jam 4 petang..


nota tangan : bola ke longkang. haha

Klik la. Comel ! Jom Oder !

Klik La Tabung Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...