About Me

My photo
Ema Faima Ahmad 24 Tahun Kakitangan UM + Pelajar UITM + Dealer Felinna Inchloss (Universiti Malaya,KL atau Manjung,Perak) Dealer Treenea (Universiti Malaya - Ema) (Manjung,Perak - Diba) Lain2 Produk Aurawhite, Maixara, Belvya,dan lain2. 0175213121-Ema 0132116780-Diba (SMS/Whatsapp)

Followers

Tuesday, March 8, 2011

sebak hati ini...

pagi ni..
aku blogwalking sementara menunggu kak as masuk opis..
ade keje yang perlu berurusan dengan die.
aku jalan2 d blog ini..

aku dapat link blog ni dari seorang blogger b2b.
sebakk..
mengalir air mataku tatkala membaca entry2 mama apih.
Allah Maha mengetahui segala-galanya.
kite hanya merancang tapi Allah yang menentukan.
mama apih adalah seorang yang normal seperti mana kite sekarang.
boleh bergerak ke sana ke mari.
boleh bekerja..
tapi... mama apih d uji oleh Allah.
yaa Allah xkan memberikan ujian kepada hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu.
Allah Maha Mengetahui segala2nya.
mama apih menghidap penyakit Multiple Sclerosis

aku x dapat bayangkan kalau la aku d tempat mama apih..
kuatkah aku untuk terima ujian itu?
Ya Allah, kau berikan la aku kesihatan yang baek Ya Allah. aminn..

ayat yang membuatkan aku betul2 insaf :
Umur 24...kawin.... 25 ada anak....26....grad MBA....27...bina kerjaya dan tambah ahli keluarga.....30....smbg PHD....32..tambah family lg......35....pegi haji....dan sebagainya....
Di saat usia aku yg ke 27, saat aku baru nak membina kerjaya sebagai pensyarah yg sgt aku cintai, di saat aku nak menambah zuriat yg memang lama aku hajati...dugaan yang tak pernah diduga terjadi padaku....Itulah orang kata...Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan....kenapa aku ? Kenapa tidak orang lain,... hanya Allah yang mengetahui....Aku terpaksa berhenti kerja sebagai pensyarah dan kandungan ku yang berusia hampir 5 bulan juga terpaksa dibuang....Biarpun sudah hampir 3 thn berlalu, kesannya masih terasa...kita sering kali mengenangkan dugaan yang Allah berikan pada kita...Kita seringkali berkeluh kesah...Apakah tiada langsung kebaikan yang Allah beri di sebalik dugaan ini?


kite semua mesti ade perancangan hidup macam ni kan..
tapi... sekelip mata semua yang d rancang boleh musnah begitu sahaja.
semuanya Allah yang tentukan.
aku sering kali mengeluh..
tentang hidup yang penuh ujian ini.
mengeluh tentang kerjaya, kewangan dan sebagainya.
mana pegi rase syukur ku kepadaMu Ya Allah.
aku sering lupa untuk sujud kepadaMu.
aku abaikanMu.
mengingatMu di kala kesusahan.
Ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah.



sekarang, aku masih membaca entry2 mama apih.
oh air mata. jangan la keluar sekarang.
kat opis nih. malu nanti orang tengok..
tahan sebak d dada.
insaf.
muhasabah diri.

semoga mama apih d beri kekuatan untuk meneruskan hidup ini.
semoga cepat sembuh.
semoga panjang umur.




nota tangan : bergenang air mata. T_T


No comments:

Klik la. Comel ! Jom Oder !

Klik La Tabung Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...