About Me

My photo
Ema Faima Ahmad 24 Tahun Kakitangan UM + Pelajar UITM + Dealer Felinna Inchloss (Universiti Malaya,KL atau Manjung,Perak) Dealer Treenea (Universiti Malaya - Ema) (Manjung,Perak - Diba) Lain2 Produk Aurawhite, Maixara, Belvya,dan lain2. 0175213121-Ema 0132116780-Diba (SMS/Whatsapp)

Followers

Friday, April 29, 2011

KHASIAT VCO

KHASIAT VIRGIN COCONUT OIL (VCO CATALYST)

KECANTIKAN LUARAN
- membantu megurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
- menghasilkan tenaga segera
jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
- mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dematitis
- melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

KESIHATAN DALAMAN
- meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin2 dan asid amino
- melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
- mengurangkan stress pada pankreas dan sistem2 enzim dlm tubuh
- meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium utk tulang dan gigi yg kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis
- mencegah risiko sakit jantung
- mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi

MENINGKATKAN DAYA TUBUH BADAN
- membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
- berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
- melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
- meredakan gejala2 yg dihubungkan dgn pembesaran prostate
- mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
- membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yg lebih rendah berbanding lemak2 yg lain

MEMBUNUH VIRUS, BAKTERIA & KULAT
- membunuh virus yg menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis c, cacar air & herpes
- membunuh bakteria yg menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis & gonorrhea
- membunuh kulat yg menyebabkan candida, jock itch, kadas & infeksi yg lain
- membunuh cacing pita, lice, giarda & parasit 

KESAN SEGERA PENGAMBILAN VCO:

melegakan pernafasan
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

pembuangan air besar dan kecil
- menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis

meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh
-minyak kelapa dara diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan akan terasa lebih bertenaga

memusnah organisma perosak
-seperti virus, bakteria, kulat dan ptotozoa(cacing) yang terdapat dlm usus kecil dan besar. jadi penghadaman mencapai tahap maksima

mengurangkan keadaan mudah lapar
-bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. oleh itu berat badan terkawal-tidak perlu makan banyak dan kerap

mengurangkan kandungan lemak badan
-berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang

mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
-mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung

mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
-mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit 

Macam mana nak order?

SILA EMAILKAN KEPADA SAYA
emafaima_VCO@yahoo.com

atau PM je kat FB nih Ema Vco Catalyst :)

nak tau lebih lanjut pun boleh PM ye :)

Monday, April 25, 2011

Apa itu VCO??



VCO itu apa ??


Apa itu VCO? VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.

VCO ada 2 jenis. Ada yang liquid dan ada yang softgel. 
Yang saya utarakan ini ialah VCO soft gel.



VCO softgel paling laris sebab senang nak telan dan boleh apply ke whole face. Means if beli VCO ni memang tak rugi sebab boleh digunakan secara 2 in 1. Kalau VCO yang liquid tu memang tak ramai yang sanggup beli sebab tak tahan dengan bau dan rasa dia. Kalau soft gel ni memang takde bau ape2 pon :) Telan dan ngap ngap je terus! :)


KEBAIKAN VCO
  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut
  • Regular semula PMS anda
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Kesuburan
  • Mengurangkan up to 70%
  • Kurangkan rasa senggugut
  • Batuk dan Selsema cepat hilang
  • Mengurangkan tidur berdengkur

Pengambilan VCO bagi wanita yang hamil

Selain bagus untuk kulit.kesihatan dalaman dan luaran. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, Vco tiada side effect sbb dia  bukan ubat. it's simply a great supplement. Setakat ni based on testimoni2 pengamal VCO, ada 3 orang dah bjaya hamil. Alhamdulillah..rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kene berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baek. Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.Pengambilan vco bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana vco juga berfungsi sebagai agen pelincir.


Persoalan-persoalan yang sering ditanya mengenai VCO

Lelaki boleh makan jugak ke?

Yup! Lelaki pon memang boleh makan. Lelaki dan Perempuan memang digalalakkan makan VCO ni as suppliment :)

Harga berapa dan dalam satu botol ada berapa soft gel? Boleh tahan berapa lama satu botol VCO ni? 

Harga VCO sebotol ialah RM 39.90 bagi semenanjung dan RM43.90 bagi Sabah dan Sarawak.
Dalam satu botol ada 60 kapsul soft gel dan boleh tahan selama sebulan :)

VCO nih sesuai dengan semua peringkat umur ke?

Of course semua peringkat umur digalakkan makan VCO ni. Daripada golongan muda sehinggalah golongan tua. Umur 8 tahun pon ada yang makan.

Bagaimana cara pengambilan/pemakanan VCO ni ?

Boleh digunakan dengan 2 cara. 2 in 1  :)
Makan dan Sapu di muka

- 2 kali (2 biji kapsul setiap hari) boleh dimakan sebelum/selepas makan.
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus
- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong

-Lagi satu, boleh disapu kat muka. Lubangkan siket guna jarum dekat softgel tuh then apply kat muka. Kalau boleh wat before nk tido malam tuh.Kalau nk biarkan smpi pagi terpulang la..Tp 15 minit pon dh ok..kasi die serap kat kulit muka...tp utk kulit sihat n cntek,better mkn n sapu laa  :) Yang penting, pengambilan VCO untuk makan 2 biji kapsul setiap hari jangan pernah skip. Amalkan. 

Tak bertambah berminyak ke bila sapu soft gel nih dekat muka?

Tidak. Cuma ianya oily bila sapu dekat muka je. Then, boleh terus cuci dan dapat rasakan kelembutan kulit kita tuh :) 

Kalau dah memang sedia ada kurus, bila makan VCO nih, akan bertambah kurus lagi ke?

Tak :) If u da kurus, dun worry takkan lagi kurus after makan sebab metabolisme dah tggi. Cume yang utk metabolisme rendah je die akan naikkan. So dun worry ok! 

Berapa lama boleh nampak kesannya selepas makan VCO ni? 
Jika anda konsisten mengambil kapsul ini, insyallah, kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat tetapi ia juga bergantung kepada sistem/hormon individu tersebut. Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu mengikut masalah yang dihadapi. Depends :)
Halal ke VCO ni?

VCO from Catalyst Brand ni berasal daripada company Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd di Malaysia & it based from nature. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu.

More info about VCO/ Catalyst boleh lihat di sini :

http://catalyst2u.net/

Macam mana nak order?

 SILA EMAILKAN KEPADA SAYA
emafaima_VCO@yahoo.com

Sila hantarkan maklumat penuh anda ke email ema  untuk membuat pesanan.

Nama :
Alamat :
No Hp :
Nama Item :
Jumlah Item :

Pembayaran Melalui? 

Pembayaran boleh di buat selepas ema reply email anda. 
Pembayaran boleh dibuat melalui bank in/ trasfer duit ke Maybank/ Cimb ONLY.
Emailkan bukti pembayaran anda 

Untuk yang membayar menggunakan ONLINE BANKING (Maybank2u / Cimbclicks) :-
Please choose payment notification by email and insert my email - nurfahimah1489@gmail.com
And your bank will send us email notification. 

Untuk yang membayar menggunakan cash deposit/atm transfer :-
Please snap a picture of receipt / scan receipt and attach to email. Choose to reply our email, DO NOT compose new email to avoid confusing.

PERINGATAN !!

PEMBAYARAN YANG TIADA BUKTI PEMBAYARAN,TIDAK AKAN DILAYAN  

VCO ni pre-order ok. Sapa cepat buat bayaran, barang dia akan dapat dulu dan akan dipost dulu

testimonial darii pengguna VCO boleh tengok d sini - http://www.facebook.com/album.php?id=118538314847802&aid=45465

Muke berjerawat? parut jerawat x hilang???? Kulit berminyakkk??? Ini penyelesaiannya..

Kat sini ema nak sharekan ape yang ema rasai selepas lebih kurang 3 minggu pengambilan VCO. ema kenal Virgin Coconut Oil (VCO) ni pun dari blog. Masalah jerawat yang begitu banyak tumbuh sebelum kedatangan haid memang masalah yang cukup besar bagi ema. dengan muke yang berminyak lagi. membuatkan ema rase x selesa. asyik2 kene tengok cermin. tapi.. Alhamdullillah masalah ema semakin dapat d atasi selepas hanya seminggu pengambilan VCO. ema sudah dapat rasekan perubahannya dalam minggu pertama lagi. bile jerawat mule nak tumbuh, ema sapukan VCO ni n hasilnya bile bangun esok pagi, jerawat seakan mengecil dan mengecut. muke pun rase lembut je. tone kulit pun mulai sekata. parut jerawat pulak semakin hilang. Selain tu, ema pun senang dah rasenye nak bangun pagi. sebelum ni mesti liat je. rase mengantuk d opis pun dah xde. cergas sepanjang hari.. ecehhh... dan yang penting, ema dah boleh kawal selera makan. sebelum nih, pagi makan nasi lemak, tengahari makan nasi putih + lauk pauk (sepinggan nasi penuh). petang balik keje beli pisang goreng atau keropok lekor kat tepi jalan taman perumahan ema. malam pulak mesti nak pekene nasi jugak. sekarang nih, malam x yah makan nasi pun rase oke je. tengahari pun dah boleh makan nasi dalam kuantiti yang sederhana. :) Memang puas hati sangat2 la. So, ema memang suggest supaya maintain dengan VCO je...bukan utk kulit je, untuk kesihatan n kecantikan dalaman kita jugak...



SOFT GEL VCO ( VIRGIN COCONUT OIL)

Hanya RM 39.90 sahaja ( semenanjung)
RM 43.90 ( Sabah & Sarawak)
( not included postage )

nak oder? juz email me

Nama :
Alamat :
No Hp :
Nama Item dan jumlahnye :



 to

emafaima_VCO@yahoo.com

Friday, April 15, 2011

Mana suami saya? Mana anak-anak saya?

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinyatercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.


"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

Moral cerita: jangan tidur di waktu senja. lagi-lagi anak dara. tak manis.

sumber : facebook

Tuesday, April 12, 2011

'Frust' Dalam Bercinta

sape yang x penah rase lagi frust dalam bercinta?
frust menonggeng ke tertonggeng? ehheee..
pengalaman itu akan mendewasakan kite.. aku selalu dengar ayat nih.
yeahh.. aku setuju sangat la.. sape setuju angkat tangan macam saye.. ucop wilcha terbaekk.  hahahahhaa..
hmm.. saket kan putus cinta.. d tinggalkan begitu sahaja. klu d tinggalkan tanpa sebab dan alasan lagi perit kann..
setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya.
Allah tahu mane yang terbaek untuk hambaNya.
jom bace artikel dari iluvislam 

'Frust' Dalam Bercinta
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."
Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri.
Benarlah kata orang: "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."
Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang'frust' dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan.
Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah.
Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.
Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah; 
"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.
Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah.
Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, "mengapa aku terpaksa menanggung derita ini." Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter... ter... segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, "ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?"
Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi(merak kayangan).
Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada... kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!"
Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, "mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya." Cubalah fikirkan... siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir...
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir... barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!"
Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.
Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yangfrust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama 'orang' yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya.
"Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu."
"Allah ganti yang lebih baik."
"Tak sangka, kami akan serasi begini."
Begitulah suara-suara 'testimonial' daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).
Ya, pada waktu 'terkena' dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai 'mata rantai' yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah 'sekolah' yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham 'pelajaran' yang dibawa bersamanya.
Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang.
Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan 'frust' berkali-kali.
Semasa kita di peringkat remaja ada 'pelajaran-pelajaran' tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar.
Apakah 'pelajaran-pelajaran' itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?
Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja.
Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa 'refer'  atau 'repeat' akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I'm not a girl but not yet a women)
Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. 
Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap.
Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frustdalam bercinta.
Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca 'mesej' yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka.
Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.
Jadi langkah pertama supaya remaja 'lulus' dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka.
Frust cinta hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, "apakah pelajaran yang disebalik semua itu."Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan.
Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah' – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan.
Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.
Apakah sebenarnya yang menjadi 'tujuan' di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita?
Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati 'kekasih hati' agar dia sentiasa setia.
Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, "we cannot  direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.
Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi 'Tuhan". Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!
Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam 'sekolah' kehidupan mereka.  
Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang.
Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.
Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.
Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air."
Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, "Jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena.
Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.
Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.
Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati... ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar.
Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah.
Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan...
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.
Fahamilah hakikat ini.
Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"

sape yang bace dari awal sampai habis artikel nih?? mesti skip2 jugak kan.. hehe.. aku pun skip2 jek.. bile dah bace bawah. pas tu macam bez so bace atas pulak. turun naek turun naek. yang penting paham ape yang d sampaikan. 

nota tangan : aku penah frust menonggeng!!.. HAHAHHAHAHAHAH

Klik la. Comel ! Jom Oder !

Klik La Tabung Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...